suria

KDN Berhasrat Dapatkan Lebih Peralatan Pengawasan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri berhasrat untuk mendapatkan peralatan pengawasan yang lebih untuk pasukan polis memandangkan kes jenayah jalanan yang berlaku baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata aset pengawasan milik pasukan polis Malaysia adalah "jauh ketinggalan" berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar-bandar metropolis lain.

Beliau juga menekankan mengenai kekurangan tenaga kerja dalam agensi penguatkuasa di Malaysia, di mana nisbah anggota polis kepada warganegara adalah 1:700.

"Di New York, terdapat seorang anggota polis untuk menjaga setiap 35 penduduk.

"Jadi, dalam perkara ini, saya mahu semua pihak memahami dan bersimpati dengan tugas-tugas polis kita.

"Saya mahu semua NGO yang menyeru perubahan dalam undang-undang (dan) individu di barisan hadapan yang inginkan pelbagai perubahan memahami keadaan di Malaysia tidak sama seperti di negara-negara lain dan bekerja bersama-sama dalam menangani jenayah," kata Dr Ahmad Zahid dalam satu sidang akhbar semasa kunjungan hormat oleh Pesuruhjaya tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, pada Selasa.

Dr Ahmad Zahid berkata kementerian itu juga akan melihat pengukuhan kumpulan pemerhati jenayah, termasuk Rakan Cop dan polis komuniti.

Artikel Lain