suria

Henti Beri Kenyataan Bagi Pihak Keluarga - Bapa Sanjeevan

P. Ramakrishnan
P. Ramakrishnan
P. Ramakrishnan

SERDANG: Bapa kepada Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan, yang telah ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali, menggesa semua pihak agar menghentikan mengeluarkan kenyataan bagi pihak keluarganya dan hanya merujuk perkara kepadanya dalam apa-apa perkara.

"Dalam tempoh beberapa jam, sudah ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu kepada media. "Bagaimanapun, kenyataan itu mengelirukan dan tidak tepat," kata P.Ramakrishnan dalam satu kenyataan, Selasa. Beliau berkata seluruh keluarga masih berada dalam terkejut dan sedih, sambil menambah bahawa kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu telah menimbulkan lebih banyak keresahan.

"Saya berharap pihak media yang mahu mendapatkan maklumat terkini mengenai kesihatan Sanjeevan menghubungi saya secara langsung atau kakaknya Maygala Ramakrishnan dan tidak melalui orang lain," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa anaknya masih dirawat di Hospital Serdang selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan pihak berkuasa perubatan yang memberi perhatian yang baik kepada anaknya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melawat Sanjeevan di Hospital Serdang, berharap agar Sanjeevan dan keluarga cepat sembuh dan keadaan akan menjadi lebih baik.

"Kawalan keselamatan adalah sangat ketat dan saya berharap mereka akan membenarkan ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan rapat melawat beliau," katanya.

Artikel Lain