suria

Tiga Lelaki Ditahan Bersama Pistol

KUANTAN: Tiga lelaki yang disyaki terbabit dengan kes samun dan pengedaran dadah diberkas di sebuah restoran di Pekan Sri Jaya, Maran pada Sabtu lalu.

Polis turut menemui sepucuk pistol Smith & Wesson. 38 yang masih mengandungi empat butir peluru di dalam kereta mereka, di samping wang tunai RM2,000.

Mereka berusia antara 36 hingga 51 tahun.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata hasil serbuan pukul 12.05 pagi itu, tiga lagi pistol mainan ditemui di salah sebuah rumah suspek di di Kampung Sri Jaya.

"Hasil siasat awal, salah seorang suspek didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala seorang lagi dikehendaki polis berkaitan kes dadah," katanya.

Sharifuddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun dan sebat tidak melebihi enam kali sebatan.

Semua suspek kini ditahan direman selama mulai 28 Julai sehingga 3 Ogos ini di lokap IPD Maran," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain