suria

Polis Kenal Pasti Dalang Bawa Masuk Senjata Api - KPN

PUTRAJAYA: Polis telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran.

"Mana ada senjata banyak seperti itu di sini. Kalau ada di sini semua didaftar. Ia mesti datang dari negara lain," katanya kepada pemberita selepas sidang media khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2013 di sini, Isnin.

Bagaimanapun, katanya maklumat mengenai jumlah rampasan akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, pasukan khas itu ditubuhkan susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api akhir-akhir ini.

Katanya, polis memandang serius kes tembakan yang sering berlaku akhir-akhir ini termasuk kes tembak pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan di Jempol, Negeri Sembilan Sabtu lepas.

Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberitahu Bernama, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat Bukit Aman, Datuk Huzi Mohamed. - BERNAMA

Artikel Lain