suria

Pengerusi MyWatch Akan Dipindahkan Ke Hospital Serdang Untuk Keluarkan Peluru

R Sri Sanjeevan
R Sri Sanjeevan
R Sri Sanjeevan

SEREMBAN: Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan mungkin akan dipindahkan ke Hospital Serdang pada Isnin bagi membolehkan doktor pakar melakukan pembedahan untuk mengeluarkan peluru di bahagian rusuknya.

Bapanya, P Ramakrishnan, 64, berkata doktor di Hospital Tuanku Jaafar di sini masih belum mengeluarkan peluru tersebut kerana pembedahan itu boleh menyebabkan komplikasi.

"Saya diberitahu berlaku pendarahan dalaman dan Sanjeevan perlu dirujuk kepada doktor pakar," katanya kepada The Star pada Isnin.

Sanjeevan yang ditembak pada petang Sabtu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar selepas beberapa doktor di Hospital Jempol dan Hospital Kuala Pilah tidak berjaya mengeluarkan peluru tersebut.

Sanjeevan, 29, yang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu bersama seorang rakannya berhenti di lampu isyarat Taman Awana Indah di Bahau kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu.

Mereka dalam perjalanan untuk minum bersama sebelum dua lelaki bermotosikal muncul dan melepaskan tembakan menggunakan pistol menembusi tangan sehingga perutnya.

Artikel Lain