suria

Malaysia & Perancis Akan Terokai Bidang Baharu - Najib

PUTRAJAYA: Malaysia dan Perancis bakal menjalin kerjasama dalam bidang baharu, terutamanya tenaga diperbaharui, pengangkutan dan bioteknologi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerjasama itu dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Perancis Jean-Marc Ayrault dalam pertemuan mereka di sini Isnin.

Beliau berkata selain itu, Malaysia dan Perancis juga berhasrat memperkukuhkan hubungan ekonomi sedia ada, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan pendidikan.

"Terdapat dua pelaburan signifikan. Pertamanya, pada tengah hari ini Perdana Menteri (Perancis) akan melawat ke Sendayan, yang bakal menjadi pangkalan pembuatan brek pesawat untuk pasaran seluruh Asia bernilai US$125 juta," katanya pada sidang akhbar bersama di sini.

Beliau berkata satu lagi ialah pelaburan bioteknologi di Terengganu antara Arkema dari Perancis dan CJ CheilJedang (CJ) dari Korea Selatan. - BERNAMA

Artikel Lain