suria

Kes Kematian Dharmendran: Anggota Polis Serah Diri

Insp S. Hare Krishnan.
Insp S. Hare Krishnan.
Insp S. Hare Krishnan.

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang dikehendaki dalam kes pembunuhan N.Dharmendran semasa dalam tahanan telah menyerah diri selepas bersembunyi selama enam minggu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan anggota polis terbabit, Insp S.Hare Krishnan menyerah diri kira-kira pukul 10.30 pagi di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Difahamkan, Insp Hare Krishnan dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi dan dijangka didakwa pada Selasa.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei kerana disyaki terlibat dalam kes cubaan membunuh menggunakan senjata api dan ditahan reman dari 12 Mei sehingga meninggal dunia pada 21 Mei.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan pada tisu lembut kerana pelbagai daya ”trauma tumpul”.

Tiga anggota polis didakwa menyebabkan kematiannya manakala Insp Hare Krishnan menyembunyikan diri pada 15 Jun.

Artikel Lain