suria

Berlian Berusia 200 Tahun Dicuri Dari Kuil Goddess Of Mercy

GEORGE TOWN: Sebutir berlian berusia 200 tahun dilaporkan dicuri dari Kuil Goddess of Mercy di Jalan Masjid Kapitan Keling pada pukul 1.10 petang Isnin.

Suspek berjaya ditahan tetapi berlian tersebut masih belum ditemui.

Difahamkan suspek tersebut, seorang lelaki bangsa Cina, memecah kaca yang menempatkan patung Kuan Yin dengan penukul dan melarikan berlian tersebut.

Pengarah operasi kuil itu yang hanya ingin dikenali sebagai Tan berkata, beberapa individu terdengar bunyi kaca pecah dan bertindak mengejar mangsa dan memukulnya sehingga tidak sedar diri.

Tan berkata, berlian tersebut adalah artifak berharga dan berada di kuil itu sejak ia dibina lebih dua abad lalu.

Artikel Lain