suria

Pemandu Teksi Maut Kenderaan Rempuh Lori

IPOH: Seorang pemandu teksi maut apabila teksinya merempuh sebuah lori membawa muatan sampah di Kilometer 11.5 arah Jelapang menghala ke Chemor berhampiran Taman Hartawan di sini, Jumaat.

A. Santhanam, 64, dari Klebang Restu, mati di tempat kejadian manakala pemandu lori K. Gururaja, 45, dari Klebang Jaya cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian pukul 11 pagi itu, teksi Proton Iswara itu melanggar lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan pemandu teksi mahu memotong kenderaan yang berada di hadapan secara mengejut, sebelum merempuh lori itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain