Pelajar Tingkatan Lima Maut Dalam Kemalangan Di Pokok Sena - Semasa | mStar

Pelajar Tingkatan Lima Maut Dalam Kemalangan Di Pokok Sena

POKOK SENA: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikalnya merempuh sebuah lagi motosikal di simpang Penjara Pokok Sena di sini malam Jumaat.

Mangsa, Fatullah Mohamad, 17, dikatakan dalam perjalanan dari Alor Setar pada pukul 10.05 malam untuk pulang ke rumahnya di kampung Padang, Pokok Sena selepas membeli buku latihan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pegawai Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, T.Tivagaren berkata mangsa maut selepas merempuh sebuah lagi motosikal apabila hilang kawalan semasa membelok di persimpangan itu.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa rempuhan yang dikenali sebagai Rizal Abdullah yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Sementara itu bapa mangsa, Mohamad Abdullah, 50, berkata pada petang kejadian itu anaknya ada memohon maaf daripadanya sebelum keluar ke Alor Setar.

"Sebelum ini, dia ada minta maaf kat abang dia dan dekat saya pun dia minta maaf petang tadi. Pada sebelah pagi, dia hanya duduk di rumah untuk siapkan kerja sekolah sebelum keluar membeli buku," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan