Usah Buat Pembelian Panik, Barang Keperluan Mencukupi - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Usah Buat Pembelian Panik, Barang Keperluan Mencukupi - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Menjelang dua minggu sambutan Aidilfitri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin barang keperluan makanan adalah mencukupi.

Sehubungan itu, menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai tidak perlu risau atau membuat pembelian panik.

"Peniaga atau pemborong pula tidak perlu bertindak menyorokkan barang kerana kementerian sudah menjangkakan permintaan akan meningkat menjelang musim perayaan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kementerian sudah meningkatkan jumlah import kelapa sebanyak 10 peratus lagi iaitu tiga juta biji kelapa daripada jumlah keseluruhan sebanyak 30 juta.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Agrofresh Holdings Berhad dan syarikat dari China Dashang Group untuk mengeksport pisang jenis Cavendish.

Beliau berkata menerusi perjanjian berkenaan, ia sekali gus memberi peluang kepada petani untuk mempertingkatkan keluaran pisang jenis itu memandangkan pasarannya semakin meluas.

"Diharapkan juga menerusi perjanjian itu akan membuka lebih banyak peluang untuk mengeksport buah-buahan tempatan kita ke China," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain