Alvian, Vivian Dibebaskan Selepas Seminggu Di Penjara - Semasa | mStar

Alvian, Vivian Dibebaskan Selepas Seminggu Di Penjara

Penulis blog seks, Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee (tengah) yang ditahan di penjara selama seminggu dibebaskan pada Jumaat selepas mahkamah membenarkan untuk pasangan itu diikat jamin RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin. Foto CHAN TAK KONG / THE STAR
Penulis blog seks, Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee (tengah) yang ditahan di penjara selama seminggu dibebaskan pada Jumaat selepas mahkamah membenarkan untuk pasangan itu diikat jamin RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin. Foto CHAN TAK KONG / THE STAR

KUALA LUMPUR: Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee menandatangani kertas pembebasan mereka di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat dan beredar dengan kereta yang berasingan selepas menghabiskan seminggu di penjara.

Diiringi oleh beberapa anggota polis, dan digari, kedua-dua mereka dilihat memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai pada Khamis lepas.

Alvin, berseluar jeans dan berpakaian baju warna merah terang, kelihatan marah, dan tersenyum sinis kepada jurugambar akhbar dan mereka yang berada di sekitar.

Vivian, bagaimanapun, kelihatan lemah dengan berpakaian baju merah jambu dan berseluar tiga suku warna hitam.

Tidak seperti Alvin, dia menyembunyikan muka di sebalik rambutnya.

Kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan dalam bilik mahkamah sewaktu mereka menandatangani bon jaminan.

Semasa berbual rancak, Alvin berpaling dan memberi senyuman sinis kepada sekumpulan jurugambar.

Pasangan ini pada mulanya enggan bercakap dengan pemberita, tetapi apabila ditanya bagaimana berada selama seminggu di penjara, Alvin tersenyum dan berkata "tidak buruk".

Selepas prosedur pelepasan dilakukan, mereka diiringi oleh para peguam mereka untuk ke kereta, tergesa-gesa dimasukkan ke dalam kenderaan dan beredar secara berasingan.

Difahamkan bahawa ibu Tan yang membayar ikat jamin mereka pada Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

Hakim Mohd Azman Husin membenarkan diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Beliau membuat keputusan itu selepas menimbangkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan daripada Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran di bawah Seksyen 323 (1) Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman pada Khamis lepas.

Artikel Sebelum

Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain