suria

Tiga Lelaki Samun Stesen Minyak Di Kuantan

KUANTAN: Tiga lelaki bersenjatakan pisau menyamun sebuah stesyen minyak di Jalan Air Putih di sini malam Selasa.

Mereka kemudiannya melarikan wang tunai, beberapa kotak rokok dari kedai stesen itu, jam tangan dan telefon bimbit milik petugas stesen itu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 12.25 tengah malam ketika dua pekerja stesen itu sedang bertugas, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff.

Beliau berkata salah seorang suspek juga mengambil cakera padat perakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen itu dipercayai untuk melupuskan bukti.

Kedua-duanya kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Kancil dipercayai berwarna kelabu menghala ke Jalan Beserah. - BERNAMA

Artikel Lain