suria

Perak Umum Bonus Khas RM500 Sempena Aidilfitri Kepada Penjawat Awam Negeri

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan bonus khas RM500 kepada penjawat awam di negeri itu sempena Aidilfitri tahun ini.

Dr Zambry berkata penjawat awam secara kontrak atau sambilan juga layak termasuk mereka yang bekerja di pusat berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun.

"Kami mahu mengikut jejak langkah kerajaan Persekutuan untuk menceriakan sambutan Aidilfitri.

"Kira-kira 14,000 akan menerima bonus tersebut sebelum sambutan Aidilfitri," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Artikel Lain