suria

DUN Terengganu Kekal Status Quo 17:15

BESUT: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan status quo kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu apabila berjaya mempertahankan kemenangan di Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof selepas memperoleh 8,288 undi.

Azlan yang lebih dikenali sebagai 'Che Long' memperoleh 5,696 undi.

BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, BN menerusi wakilnya, Dr A. Rahman Mokhtar menang di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.

Kemenangan BN ini sekaligus menafikan sasaran PAS untuk mewujudkan 'DUN Tergantung' di Terengganu dengan agihan kerusi sama banyak 16:16.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Artikel Lain