suria

PRK Kuala Besut: 44 Peratus Keluar Mengundi Hingga 11 Pagi

Abdul Aziz memeriksa peti undi ketika meninjau proses pengundian di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.
Abdul Aziz memeriksa peti undi ketika meninjau proses pengundian di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.
Abdul Aziz memeriksa peti undi ketika meninjau proses pengundian di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.

BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung bermula pukul 8 pagi Rabu.

Sehingga pukul 11 pagi, jumlah pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing ialah seramai 7,356 orang atau 44.49 peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tinjauannya di beberapa pusat mengundi mendapati proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang tindakan provokasi oleh penyokong parti politik.

"Saya lihat penyokong parti politik bercampur gaul antara kedua-dua parti. Mereka menunjukkan poster calon masing-masing tetapi tidak melakukan provokasi antara satu sama lain.

"SPR berharap situasi ini dapat dikekalkan sehingga masa mengundi tamat pukul 5 petang ini," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, Rabu.

SPR menjangkakan kira-kira 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini.

Mengulas mengenai kaedah baru penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata pihaknya juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pengundi mengenai proses itu.

"Proses itu berjalan dengan baik, tidak ada dakwat yang tumpah hingga mengotorkan kertas undi.

"Kami dapati juga corak penggunaannya iaitu cara dakwat itu dicelup juga hampir seratus peratus sama...lebih baik daripada ketika mencalit di jadi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain