suria

Pertubuhan Syiah Malaysia Menyalahi Undang-Undang - KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa pada Rabu.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata, pengikut-pengikut Syiah pernah memohon untuk mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuan pertubuhan itu kepada Menteri Dalam Negeri turut ditolak pada 31 Oktober 2011, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

"Bagaimanapun, persatuan yang tidak diluluskan ini terus bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman awam dan mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain