suria

MAHB Mahu Syarikat Penerbangan Sedia Kemudahan Untuk Penumpang Terkandas

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meminta supaya pengawasan ketat dilakukan oleh syarikat penerbangan dengan menerima amalan seperti dicadangkan untuk mengendalikan penumpang yang mempunyai masalah imigresen di lapangan terbang di Malaysia.

Perkara itu berikutan beberapa kes baru-baru ini yang melibatkan penumpang yang terkandas, yang "tinggal" di ruang transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama beberapa minggu.

Menurut MAHB, di mana tugas itu bersama pihak operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan terbang, syarikat penerbangan yang membawa masuk penumpang yang kemudiannya ditolak kemasukan ke negara ini seharusnya mempunyai tanggungjawab moral untuk menyediakan makanan, penginapan dan pengurusan pengangkutan.

"Ini adalah amalan bagi syarikat penerbangan, tetapi amalan itu kini atas budi bicara pada masa ini," kata Pengurus Besar Kanan (Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad pada Isnin.

Beliau menambah, tiada undang-undang yang memaksa syarikat penerbangan untuk menyediakan keperluan asas bagi penumpang yang terkandas.

Artikel Lain