Pembangkang Hasut Pengundi Tidak Keluar Mengundi - Shahrizat

BESUT: Pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diingatkan berhati-hati dengan taktik pembangkang yang cuba menimbulkan kesangsian berhubung penggunaan dakwat kekal.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya mengesan wujud gerakan yang cuba mempengaruhi pengundi supaya tidak keluar mengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sah digunakan ketika bersolat.

"Saya nak ingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang cuba menyerang kubu Barisan Nasional (BN).

"Wanita Umno mengesan perkara ini dibeberapa kawasan. Mereka tak boleh nak minta penyokong BN undi mereka, jadi mereka guna taktik tabur maklumat tidak betul supaya orang tidak keluar mengundi," katanya ketika ditemui di Taman Tasek di sini," Isnin.

Sebelum ini SPR memberi jaminan bahawa hasil perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, dakwat kekal yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh digunakan dalam solat.

Malah SPR juga menghantar contoh dakwat kekal itu kepada Jabatan Kimia untuk diuji dari aspek kandungan bahan kimia yang digunakan.

Menurut SPR, perbincangan terpeinci turut diadakaan dengan Kementerian Kesihatan mengenai penggunaan dakwat kekal itu bagi memastikan kandungannya tidak memudaratkan kesihatan pengundi.

Selain itu Shahrizat turut mengingatkan pengundi supaya tidak memberikan kad pengenalan masing-masing kepada pihak lain khususnya individu yang tidak dikenali kerana ia juga merupakan salah satu taktik pembangkang untuk menghalang orang ramai keluar mengundi.

"Ini strategi saat-saat akhir pembangkang. Halang pengundi daripada keluar mengundi adalah cara yang sedang mereka lakukan bagi memastikan kemenangan di sini," katanya.

Artikel Berikut

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia