suria

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Bilik Pembuangan Sampah

BUTTERWORTH: Misteri bau busuk dari sebuah bilik pembuangan sampah di Flat Teluk Indah, di sini sejak beberapa hari lepas terjawab selepas seorang daripada penduduk di situ menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki berusia lingkungan 50-an yang dipercayai mati sejak tiga hari lepas itu ditemui pada pukul 8.45 pagi Isin.

"Menurut penduduk di situ, mereka menyangka bau busuk dari bilik berkenaan adalah sampah sehingga seorang daripada mereka memeriksa tempat berkenaan pagi ini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Katanya lelaki gelandangan yang menjadikan bilik pembuangan sampah itu sebagai tempat tinggal ditemui mati di atas tilam di situ.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

"Sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau HSJ untuk pengecaman mayat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain