suria

Sekatan Jalan Raya, Pemerhatian Udara Tiada Kaitan Banduan Indonesia Terlepas - Polis

KUCHING: Pemerhatian udara dan sekatan jalan raya yang dijalankan di bandaraya Kuching semalam adalah sebahagian daripada program pencegahah jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ia juga tidak ada kaitan dengan mana-mana banduan yang melepaskan diri dari Indonesia.

Beliau berkata terdapat khabar angin mengatakan banduan daripada Indonesia melarikan diri ke Kuching berdasarkan beberapa sekatan jalan raya dan tinjauan udara oleh helikopter pasukan gerakan udara (PGU).

"Untuk makluman, gerakan tersebut adalah sebahagian daripada program pencegahan jenayah oleh ibu pejabat polis daerah Kuching bersama jabatan siasatan jenayah ibu pejabat polis Sarawak," katanya kepada Bernama di sini malam Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain