suria

Tahanan Lolos Dari Mahkamah Dipercayai Masih Berada Di P.Pinang

GEORGE TOWN: Polis percaya warga emas yang meloloskan diri dari Mahkamah Majistret di sini Selasa lalu masih berada di negeri ini dan operasi mengesannya giat dijalankan.

Sehubungan itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Rashid Abdul Rahman, 61, agar menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2282222.

Pihak polis juga sedang berhubung dengan ahli keluarganya di Gelugor di sini.

"Kami yakin suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Abdul Rashid yang direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 meloloskan diri dari sel tahanan mahkamah ketika proses membebaskan seorang lagi tahanan sedang berjalan. - BERNAMA

Artikel Lain