suria

PRK Kuala Besut: Hampir 80 Peratus Keluar Undi Awal

BESUT: Peratusan jumlah keluar mengundi bagi proses pengundian awal pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ialah sebanyak 79.36 peratus.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata, jumlah anggota tentera dan pasangan serta polis yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi ialah hanya 911 orang.

Angka berkenaan lebih rendah daripada jangkaan SPR sebelum ini yang mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal ialah sebanyak 95 peratus.

Pusat mengundi di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini mempunyai dua saluran mengundi.

Jumlah keseluruhan pengundi awal yang layak mengundi ialah seramai 1,148 pengundi.

Artikel Lain