suria

PM Umum 40 Hingga 50 Klinik 1Malaysia Dibuka Tahun Depan

Salah sebuah klinik 1Malaysia.
Salah sebuah klinik 1Malaysia.
Salah sebuah klinik 1Malaysia.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 40 hingga 50 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) akan dibuka di seluruh negara mulai tahun depan.

"Insya-Allah, lebih ramai bakal memperolehi perkhidmatan kesihatan yang murah dan bermutu," katanya di dalam tweet terbaharu beliau.

K1M adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Najib yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien.

Sehingga kini, terdapat lebih 200 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira 1.5 juta rakyat dengan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara dan RM15 bagi bukan warganegara. - BERNAMA

Artikel Lain