suria

Lelaki Maut Ditetak Di P.Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 24 tahun ditemui mati akibat ditetak di belakang rumahnya di Lebuh Rambai 16, Air Itam, di sini manakala rakannya mengalami kecederaan serius.

G. Surintheran dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang Sabtu selepas penduduk di kawasan itu menghubungi polis.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia.

Rakannya dibawa ke sebuah hospital swasta dan keadaannya dilaporkan stabil.

Mangsa yang maut ditetak di bahagian kepala, lengan dan belakang.

Saksi terlebih dahulu melihat kedua-dua mangsa dikejar oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang melalui kawasan tersebut.

Polis percaya kedua-dua mereka turut ditembak tetapi lelaki yang bersenjata menghilangkan diri.

Dua kelongsong peluru 9mm ditemui dekat kawasan kejadian.

Motif serangan masih belum dapat dipastikan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kes itu tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Artikel Lain