Kerajaan Beri Amaran Keras Kepada Pengganas Sulu, Jangan Cuba Ugut Untuk Masuk Sabah - Semasa | mStar

Kerajaan Beri Amaran Keras Kepada Pengganas Sulu, Jangan Cuba Ugut Untuk Masuk Sabah

BAGAN DATOH: Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu.

"Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini Sabtu.

Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh 'Komando Militan' bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah.

"Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk...beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam.

"Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan PRK Kuala Besut 10 Malam Rabu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain