suria

Nur Jazlan Dilantik Pengerusi PAC Baru

Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan Mohamed.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pulai-Barisan Nasional (BN), Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) pada sidang Parlimen ke-13.

Beliau menggantikan Datuk Seri Azmi Khalid yang memegang jawatan itu sebelum ini, manakala Ahli Parlimen Kepong-DAP, Dr Tan Seng Giaw pula dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Pelantikan itu dibuat di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat pada Khamis.

Antara fungsi-fungsi PAC ialah memeriksa akaun Persekutuan dan peruntukan yang diputuskan Parlimen bagi memenuhi perbelanjaan untuk rakyat.

Mengenai usul yang berasingan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dilantik di bawah Peraturan Mesyuarat 76.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dilantik pada permulaan setiap Parlimen bagi menjalankan tugas termasuk mencalonkan anggota-anggota PAC, Jawatankuasa Peraturan Mesyurat dan jawatankuasa yang lain.

Pandikar telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, di mana turut mempunyai enam anggota.

Enam anggota itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN- Pagoh), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel (BN-Cameron Highlands), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun (BN-Selangau), Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah).

Artikel Lain