suria

Mayat Wanita Ditemui Di Bahagian Bawah Pangsapuri

PETALING JAYA: Mayat seorang wanita warga asing ditemui di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Sunway Damansara di sini, awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadil Marsus berkata pengawal keselamatan menjumpai mayat tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Siasatan mendapati wanita tersebut yang dikenali sebagai Rodina, bekerja untuk sepasang kekasih di tingkat 11 pangsapuri itu.

"Wanita itu kali terakhir dilihat oleh majikannya kira-kira pukul 10.30 malam Rabu," katanya.

Beliau berkata beberapa penduduk di pangsapuri itu terdengar bunyi bising dan sesuatu terjatuh kira-kira pukul 3 pagi.

"Kami menemui cadar tilam dan hos tergantung dari tingkap dapur di pangsapuri tempat mangsa bekerja," katanya.

Fadil berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel Lain