suria

KDN Dan PDRM Pantau Pihak Yang Cuba Main Sentimen Agama - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau mana-mana individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba memainkan sentimen agama di negara ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu sensitif itu yang boleh merosakkan keharmonian kepelbagaian agama di Malaysia.

"Siapa yang dikenal pasti melakukan hal sedemikian akan dikenakan tindakan serta merta," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa KDN dan PDRM di sini, malam Jumaat.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Menyentuh mengenai Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan, Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini tidak banyak beza dengan Akta Hasutan.

Sebelum Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dilulus dan dikuatkuasakan, Akta Hasutan masih berkuatkuasa dan polis boleh menggambil tindakan bila-bila masa tidak kira ada laporan atau tiada, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain