suria

Indeks Jenayah Berdasarkan KPI Interpol - Hamzah Taib

KOTA KINABALU: Indeks Jenayah yang dikeluarkan polis Sabah adalah berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diguna pakai Polis Antarabangsa atau Interpol, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

"Jenayah indeks ini merangkumi jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan termasuk 14 kesalahan yang kerap berlaku dan digunakan sebagai penanda aras kepada indeks jenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat Polis Kontijen Kota Kinabalu, Kepayan di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan baru-baru ini, mengenai tindakan sesetengah pihak mempertikaikan laporan indeks jenayah yang menurun kepada -9.34 peratus sepanjang tempoh Januari hingga Julai, tahun ini.

"Ia adalah jenayah yang kerap berlaku dan boleh dijadikan sebagai satu penanda aras untuk mengukur kadar sesuatu jenayah," jelas Hamzah.

Namun, demikian katanya terdapat juga kes yang tidak boleh disiasat seperti kes sivil dan kes saman.

"Tetapi ini tidak bermakna pihak polis tidak menyiasat kes-kes yang lain, apa juga laporan yang dibuat, kita akan menilai laporan itu sama ada indeks ataupun bukan indeks," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain