suria

Vell Paari Digugurkan Daripada CWC MIC

Vell Paari
Vell Paari
Vell Paari

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi MIC S. Vell Paari telah digugurkan daripada jawatankuasa kerja pusat parti (CWC), kata presiden parti Datuk Seri G. Palanivel, di sini.

Tiada sebab diberikan bagi keputusan itu, tetapi seorang pegawai parti percaya ia disebabkan oleh kelantangan Vell Paari dan kritikan terhadap kepimpinan parti sejak beberapa bulan yang lalu.

Dua orang lain, bekas naib presiden MIC Datuk S Sothinathan dan Sunthar Subramaniam, anak bekas timbalan presiden Tan Sri S. Subramaniam telah dilantik ke dalam CWC.

Dalam satu kenyataan, Palanivel berkata Sunthar, pengerusi cawangan bahagian seputih, akan menggantikan pemimpin Puteri MIC Usha Nandini dalam CWC.

"Saya melantik Sothinathan untuk menggantikan Vell Paari," katanya.

Sothinathan adalah bekas naib presiden dan bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang.

Beliau bertanding menentang Palanivel untuk jawatan timbalan presiden pada tahun 2009.

Palanivel berkata Usha akan terus menjadi pemerhati dalam CWC dan mengucapkan terima kasih kepada Vell Paari untuk perkhidmatan beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Lain