suria

Pelajar Malaysia Hadapi Tuduhan Cuba Membunuh Di Adelaide

MELBOURNE: Seorang pelajar Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Adelaide atas dakwaan cuba membunuh, menurut laporan akhbar The Advertiser.

Cheong Sim Siong, 21, didakwa menikam seorang wanita beberapa kali di Athol Park di Adelaide pada Jumaat malam.

Mangsa berusia 26 tahun dari subbandar Richmond, Adelaide, ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tempat parkir kenderaan kira-kira 10 malam.

Pada Selasa malam, polis menahan Cheong, dari subbandar Broadviews, dan mendakwanya cuba membunuh serta satu tuduhan melakukan serangan yang teruk sehingga menimbulkan ancaman.

Cheong tidak memohon ikat jamin dan kini berada dalam tahanan.

Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah September ini.

Wanita itu dimasukkan ke wad di Royal Adelaide Hospital dalam keadaan kritikal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain