suria

Miti Bakal Anjur Hari Terbuka TPPA Ogos Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mengadakan Hari Terbuka Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) pada 1 Ogos ini bagi berkongsi perkembangan rundingan pusingan ke-18 TPPA yang diadakan di Kota Kinabalu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Miti berkata penglibatan Malaysia dalam rundingan TPPA telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), wakil-wakil industri dan dewan-dewan perniagaan.

"Walaupun Miti telah banyak mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan, Miti akur bahawa masih banyak perkara berkaitan TPPA yang perlu dihebahkan kepada umum," menurut kenyataan itu.

Menurut Miti maklumat terperinci berhubung hari terbuka ini akan dimaklumkan dalam laman sesawang Miti iaitu www.miti.gov.my tidak lama lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain