suria

SKMM Akan Lengkapkan Siasatan Terhadap Blogger Seks

Pasangan yang mempersendakan Bulan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee, diiringi Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas hadir di Pejabat Penguatkuasa Seruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak jam 10:45 pagi Isnin bagi memberi keterangan kerana mempersendakan bulan Ramadan dengan membuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia khususnya umat Islam di laman facebook mereka di Kuala Lumpur pada Isnin.-Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melengkapkan siasatan terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sebaik sahaja mereka selesai menemu bual beberapa individu yang berkaitan dengan kes berkenaan.

Menurut sumber, SKMM akan bercakap dengan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan kes Alvin dan Vivian selepas mereka mencetuskan kontroversi dengan posting sekeping gambar mereka sedang menikmati hidangan bak kut teh di laman Facebook mereka.

Pada Isnin, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Industri Pengawasan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin berkata suruhanjaya berkenaan mahu menyelesaikan siasatan mereka segera kerana ia melibatkan kepentingan orang awam.

"Orang ramai mahu tahu perkembangan mengenai isu ini. Sebagai agensi penguatkuasa, kita mahu segera menyiapkan siasatan kes ini secepat mungkin," katanya sambil menambah kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. sambil menambah kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya dikenakan tindakan, Alvin dan Vivian boleh didakwa atas kesalahan memaparkan gambar dan kata-kata yang menjelikkan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasangan blogger seks akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaanerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau turut menggesa kedua-dua individu berkenaan menyerah diri secara sukarela kepada pihak polis.

Bagaimanapun pasangan berkenaan berkata mereka hanya akan berbuat demikian sekiranya pihak polis memerintahkan mereka hadir secara peribadi.

Khamis lalu, pasangan tersebut telah memuat naik sekeping gambar mereka sedang menikmati bak kut teh dengan kapsyen .. wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana sikap mereka yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam dan diberi amaran oleh SKMM.

Mereka turut memadamkan posting tersebut selepas dikecam hebat dan memuat naik gambar terbaharu mereka sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

Bagaimanapun akaun Facebook mereka telah dipadamkan.

Mereka juga membuat permohonan maaf menerusi video berdurasi 1:22 minit pada Ahad di laman sosial YouTube.

Dalam rakaman video berbahasa Melayu tersebut, Alvin berkata mereka tidak berniat menghina, mempersenda atau memperlekehkan Islam mahupun mencetuskan perbalahan kaum.

Artikel Lain