suria

Siasatan Terhadap Guru Panggil Murid 'Pelacur'

KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran Melaka telah diarahkan untuk menyiasat dakwaan bahawa seorang guru disiplin telah memanggil seorang murid sekolah 'pelacur', kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mary Yap.

"Jabatan itu boleh mengambil tindakan terhadap guru tersebut, jika benar dia melakukan kesalahan itu, di bawah Perintah Am Bab D," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Perintah Am Bab D di bawah Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada kelakuan dan tatatertib kakitangan kerajaan.

Di bawah perintah itu, mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib mungkin tertakluk kepada, antara lain, amaran, denda, dilucutkan hak emolumen, penurunan pangkat atau dipecat, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu.

Dilaporkan bahawa seorang murid berusia 12 tahun dari Batu Berendam, Melaka mendakwa guru disiplinnya memanggilnya pelacur.

Dia mendakwa guru wanita itu telah tersalah anggap dia adalah sebahagian daripada sekumpulan rakan sekelas lelaki yang telah menimbulkan masalah kepada guru lain.

Artikel Lain