suria

Pos Malaysia Gagal Serah Sebahagian Kertas Undi Pos Pada PRU-13 - SPR

KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.

"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat menyerahkan kertas undi pos secara efektif.

"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.

Artikel Lain