suria

Polis Perketat Kawalan Selepas Insiden Bendera Dibakar

BESUT: Polis memperketatkan kawalan keselamatan bagi memastikan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kekal aman selepas dicemari insiden bendera parti dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Isnin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata anggota pasukan keselamatan akan ditempatkan di 20 pondok polis sementara dalam kawasan DUN Kuala Besut.

"Saya beri jaminan bahawa tahap keselamatan rakyat di sini terkawal.

"Anggota polis akan melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi mengelakkan sebarang insiden provokasi berlaku sehingga hari mengundi," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Mengulas mengenai insiden berkenaan, Jamshah berkata pihak polis sedang dalam usaha menjejaki suspek.

Katanya insiden bendera Barisan Nasional (BN) dan PAS dibakar pada Isnin merupakan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan ketegangan antara kedua-dua parti politik tersebut.

Artikel Lain