suria

Polis Buru Tahanan Lolos Dari Mahkamah George Town

BALIK PULAU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang meloloskan diri ketika dalam proses mendapatkan perintah reman di Mahkamah Masjistreet George Town dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata suspek berusia 61 tahun itu ditahan bersabit kesalahan dadah.

"Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu suspek yang tidak bergari melarikan diri ketika diiringi polis," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa bersama komuniti Barat Daya di sini malam Selasa.

Abdul Rahim berkata anggota polis yang terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana cuai menjalankan tugas.

Menurutnya suspek yang berambut panjang dan berjanggut itu memakai baju-T biru berbelang putih ketika kejadian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Rashid Abdul Rahman agar menghubungi polis atau ke balai polis berdekatan, kerana lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya. - BERNAMA

Artikel Lain