Pelacur Warga Vietnam Dikesan Cuba Dominasi Pasaran Malaysia - Polis - Semasa | mStar

Pelacur Warga Vietnam Dikesan Cuba Dominasi Pasaran Malaysia - Polis

KUALA LUMPUR: Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lepas kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini, kata polis.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab-kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'.Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tips' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

"Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks," katanya.

Abdul Jalil berkata selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lepas ialah wanita China (5,165); Thailand (2,009); Indonesia (1,418); Filipina (845); India (139); Myanmar (114); Uzbekistan (70); dan Kemboja (70).

Wanita negara lain yang turut terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Bangladesh; Laos; Uganda; Nigeria; Mongolia; Tajikistan; Sri Lanka; Kenya; Morocco; Kyrgyz; Iran; Singapura; Hong Kong; Russia; dan Kanada.

Beliau berkata polis melakukan 42,788 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 diikuti Kuala Lumpur (8,620), Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

"Polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pelacuran atau pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dan kami akan sentiasa adakan serbuan dan tangkapan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain