suria

Malaysia Tidak Tandatangani TPPA Jika Bertentangan Dengan Kepentingan Negara - Mustapa

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya ia bertentangan dengan kepentingan negara.

Beliau berkata, padangan daripada semua pihak akan diambil kira sebelum keputusan dibuat sama ada Malaysia akan menandatangani perjanjian itu atau sebaliknya.

"Sudah semestinya jika perjanjian itu boleh memudaratkan kedaulatan negara, kita tidak akan menandatanganinya.

"Namun, buat masa ini kita menerima pandangan secara terbuka kerana perbincangan masih berlaku," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Kira-kira 50 orang mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen bagi menuntut rundingan itu dihentikan.

Mereka juga menyerahkan memorandum kepada Mustapa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menuntut rundingan itu dilakukan secara telus dan bagaimana perjanjian itu akan memberi kesan kepada rakyat.

Mustapa berkata, pandangan yang disuarakan oleh beberapa pihak termasuk mereka yang mengadakan demonstrasi di luar Parlimen akan menyediakan input untuk rundingan itu.

Artikel Lain