suria

Kerajaan Kaji Satu Kadar Levi Bagi Semua Sektor Pekerja Asing

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji penetapan satu kadar bayaran levi pekerja asing sama untuk semua sektor bagi membendung penghijrahan mereka dari satu sektor ke sektor lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata masalah penghijrahan itu antaranya disebabkan majikan tidak mampu membayar kadar levi bagi sektor tertentu.

"KDN, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa agensi kawal selia lain masih merancang untuk mengenakan satu nilai levi seperti mana yang dilaksanakan negara luar agar penghijrahan pekerja dapat dikurangkan," katanya menjawab pertanyaan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.

Wan Junaidi berkata seramai 744 pekerja asing ditahan kerana menyalahgunakan permit kerja ekoran masalah penghijrahan itu setakat ini pada tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain