Fail Saman Usaha Terakhir Pembangkang Nafi Keputusan PRU-13 - Khairy - Semasa | mStar

Fail Saman Usaha Terakhir Pembangkang Nafi Keputusan PRU-13 - Khairy

KUALA LUMPUR: Tindakan Pakatan Rakyat memfailkan saman mendakwa wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13) dilihat sebagai usaha terakhir pembangkang untuk menafikan keputusan pilihan raya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pembangkang telah gagal dalam beberapa usaha mereka sebelum ini dan berharap selepas keputusan mahkamah dibuat, ia dapat diterima.

"Kalau nak bawa ke mahkamah, bawalah ke mahkamah.

"Saya haraplah selepas proses mahkamah sudah diselesaikan dan selepas apa sahaja keputusan dibuat oleh mahkamah... (misalnya) mahkamah buat keputusan bahawa keputusan pilihan raya ini sah, saya harap mereka dapat terima," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, Isnin.

Khairy berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten bahawa sebarang kelemahan proses pilihan raya boleh dibawa ke mahkamah melalui petisyen.

Jelasnya, BN turut mengemukakan beberapa petisyen di beberapa kawasan pilihan raya tetapi secara keseluruhannya menerima keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kalau itulah apa yang mereka kehendaki, kita minta supaya mahkamah putuskan.

"Dari awal lagi BN konsisten, jika ada apa-apa kelemahan pada proses pilihan raya lepas, perkara tersebut boleh dibawa ke mahkamah melalui petisyen pilihan raya," katanya.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, ini berbeza dengan pembangkang yang dilihat tidak konsisten dengan apa yang dinyatakan dalam beberapa perkara.

"Mereka sudah angkat sumpah, mereka sudah bentuk kerajaan Negeri dan bertanding pada pilihan raya kecil di Kuala Besut.

"Ini semua adalah pengiktirafan kepada sistem dan proses pilihan raya sedia ada," katanya.

Khairy berkata pembangkang sebelum ini melakukan pelbagai cara untuk menunjukkan berlakunya penipuan dalam PRU-13, termasuklah mengadakan perhimpunan sebelum Parlimen bersidang tetapi gagal.

Katanya, tindakan memfailkan saman ini juga menunjukkan kegagalan pembangkang dalam membuktikan berlakunya penipuan.

"Saya rasa pembangkang sudah gagal.

"Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan untuk dapatkan bukti puluhan ribu yang telah mengundi secara tidak sah telah gagal dalam tugas mereka untuk buktikan bahawa penipuan berskala besar berlaku dalam pilihan raya lepas," katanya.

Pakatan, pada Isnin memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya mendakwa berlaku penipuan dalam penggunaan dakwat kekal ketika pilihan raya 5 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain