suria

Alvin, Vivian Diminta Serah Diri Kepada Polis

Alvin dan Vivan diminta supaya menyerah diri kepada polis untuk disoal siasat.
Alvin dan Vivan diminta supaya menyerah diri kepada polis untuk disoal siasat.
Alvin dan Vivan diminta supaya menyerah diri kepada polis untuk disoal siasat.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menyerah diri kepada polis.

Khalid berkata polis mahu menyiasat pasangan itu di bawah Seksyen 298 (a) Kanun Keseksaan kerana menghina agama.

Pada Khamis, pasangan itu memuat naik gambar dengan mempersendakan bulan Ramadan sambil menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Artikel Lain