suria

Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Di Maran

KUANTAN: Seorang lelaki Orang Asli terbunuh manakala rakannya parah apabila motosikal yang mereka naiki bertembung lori tanpa muatan pada Ahad.

Nahas yang mengorbankan Umau a/l Sulong, 27, berlaku di km25.5 Jalan Maran-Jerantut dekat Maran kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian Umau dan rakannya dikatakan dari arah Kerdau menuju ke Maran.

"Rakan mangsa yang menunggang motosikal itu tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu.

"Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan mati di tempat kejadian manakala rakan mangsa yang berusia 20 tahun kini dirawat di Hospital Jengka," katanya kepada pemberita di sini Isnin. - BERNAMA

Artikel Lain