suria

Pemandu Lori Maut Dalam Kemalangan Di Tawau

TAWAU: Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan di Km 35.2 Jalan Apas, di sini Sabtu.

Kemalangan pada pukul 1.55 tengah hari di sebuah selekoh jalan itu menyebabkan Roslan Laha, 42, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata, dalam kejadian itu, lori yang dipandu Roslan dari arah Tawau dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

Lori itu hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas dan melanggar tebing sebelah kanan jalan, katanya.

Awang Besar berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi kenderaan tidak cedera. - BERNAMA

Artikel Lain