suria

Laporan Bagaimana 8 Warga Timur Tengah Terkandas di Bilik Transit KLIA Akan Disegerakan - Hishammuddin

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen akan menyiapakan laporan menyeluruh mengenai bagaimana lapan individu yang berasal dari Timur Tengah - sebuah keluarga terdiri daripada enam orang serta dua individu lain yang ditahan di bilik transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga 54 hari.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad akan menyediakan laporan tersebut.

Beliau berkata pendekatan pelbagai agensi perlu digunakan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

" Tahap penyelerasan yang tinggi antara agensi seperit Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam serta Malaysia Airports Bhd (MAHB) yang mengendalikan urusan lapangan terbang negara, diperlukan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

"Jika kita melihat masalah ini perlu diselesaikan oleh satu agensi sahaja, maka kita tidak akan pergi ke bahagian dasarnya," katanya yang juga Menteri Pertahanan, selepas berbuka puasa dengan anggota tentera Lima Briged di Kem Lok Kawi dekat sini pada Ahad.

Artikel Lain