Kerajaan Diminta Kaji Semula Rang Jaminan MSC Tangani Penyalahgunaan Media Sosial

KUALA LUMPUR: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini meminta kerajaan mengkaji semula Rang Jaminan MSC Malaysia bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ada pihak menyalah guna kebebasan bermaklumat yang dinikmati rakyat negara ini dan boleh menjadi 'racun' kepada kemakmuran negara.

"Apa jua perkara perlu ada limitasinya. Macam makanan juga, kalau dimakan banyak tanpa kira hadnya, pasti akan jadi penyakit dan racun dalam badan," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Beliau mengulas tindakan Tan Jye Yee, 25, dan pasangannya Vivian Lee, 24, yang mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.

Hari ini, satu lagi akaun facebook memuat naik status mempersenda Ramadan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletak logo halal.

Nadzim berkata satu mekanisme pemeriksaan perlu diwujud bagi menggantikan rang jaminan berkenaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat di negara ini. "Apa sahaja akta yang boleh digunakan bagi penyalahgunaan maklumat ini tidak akan membantu jika maklumat masih lagi boleh diakses dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.

"Apatah lagi dalam keadaan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, seharusnya ada satu undang-undang yang tidak memungkinkan rakyat negara ini boleh menyentuh sensitiviti antara satu dengan lain, dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah menggunakan teknologi," katanya.

Pendapat Nadzim disokong Pengerusi Biro Haluan Palestin Persatuan Haluan Malaysia Dr Syed Halim Syed Hassan yang berkata perlu ada satu tapisan maklumat walaupun masyarakat negara ini bebas mengguna serta menyebarkannya.

"Memang diakui maklumat melalui Internet adalah sangat banyak dan mudah disebar berbanding melalui medium maklumat perdana seperti surat khabar, namun pihak bertanggungjawab perlu ada mekanisme menyekat apa jua jenis maklumat yang boleh mengganggu sensitiviti kaum negara ini," katanya.

Mengulas tindakan mempersenda Islam di laman sosial facebook, Syed Halim berkata ia adalah usaha pihak berfikiran dangkal yang ingin menjejaskan ibadah umat Islam.

Beliau berkata pihak yang berkelayakan seperti mufti atau ulama boleh membantu pengguna Islam meredakan kemarahan mereka, terutama ketika berpuasa, semasa berdepan perkara sedemikian.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM akan melancarkan satu blog sebagai medan perkongsian berkaitan Islam, termasuk soal jawab berhubung kekeliruan dan salah anggapan terhadap agama suci ini.

"Antara usaha kita ambil ialah pendekatan teknologi bagi menangkis serangan yang dibangkitkan bertujuan menjejaskan kedudukan agama Islam. "Jika mereka boleh gunakan teknologi sebagai senjata, maka kita perbetulkan semula dengan cara berdakwah melalui teknologi juga," katanya.

Beliau berkata blog yang bakal dilancar dalam masa terdekat itu akan mengumpul segala maklumat sahih berkaitan Islam dan menerima soalan serta perbincangan dengan pengguna berhubung agama berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain