'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik - Semasa | mStar

'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik

BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menyifatkan kesediaannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bukan untuk kepentingan peribadi atau mengejar cita-cita politik.

Sebaliknya kontraktor kayu itu berkata, penglibatannya dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya merupakan tanggungjawab demi memperjuangkan parti.

"Saya bukan bertanding untuk diri sendiri...untuk parti. Ini merupakan perjuangan parti yang diamanahkan kepada saya," katanya ringkas ketika ditemui di sini, Sabtu.

Bagaimanapun Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kesediaannya menceburi bidang politik adalah bagi membantu rakyat.

"Niat saya nak tolong masyarakat di Kuala Besut. Saya cuba untuk membantu menyediakan keperluan asas serta menyelesaikan isu kemiskinan," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam.

Azlan dan Tengku Zaihan masing-masing merupakan calon muka baru.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain