suria

Tidak Puas Hati Dengan Pusat Servis, Wanita Pecahkan Cermin Kereta Sendiri

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita berusia 52 tahun memecahkan cermin kereta mewahnya bernilai RM630,000 sebagai protes terhadap sebuah pusat servis yang dikatakan gagal menangani masalah bateri keretanya.

Kang Lee Chuin mengambil keputusan memukul cermin hadapan kereta Mercedes Benz S300nya dengan tukul besar beberapa kali di pusat servis di Bukit Tengah kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Seorang pekerja pusat servis itu telah cuba untuk bercakap dengannya tetapi tidak berhasil.

Suaminya, Oh Chwee Hoe, 61, turut berada di tempat kejadian tetapi tidak berkata apa-apa apabila isterinya mengayunkan tukul itu.

Dia kemudian menghubungi sebuah operator trak tunda untuk mengambil keretanya.

Artikel Lain