suria

Pakatan Rakyat Akan Fail Saman Terhadap SPR Berhubung Dakwat Kekal

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin mengenai penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan akan menyaman "pucuk pimpinan" SPR berikutan kenyataan bercanggah mengenai kandungan nitrat perak dalam dakwat kekal.

"Kami mempunyai semua dokumen dan bukti terhadap SPR.

"Anda tidak boleh terus menukar kenyataan anda mengenai nitrat perak dari lima ke tujuh peratus, kemudian kepada hanya satu peratus dan kemudian berkata ia adalah sama dengan pewarna makanan," katanya kepada pemberita pada forum pembaharuan pilihan raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim memberitahu Parlimen bahawa dakwat kekal yang digunakan semasa PRU-13 tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Sebanyak 216,000 botol dakwat bernilai RM6.9 juta telah digunakan dalam tempoh yang sama.

Artikel Lain